AS, “Pembuli di Perkampung Global”

2022-08-20 17:22:34  CRI
Share with:

(Berpuluh-puluh lori tangki tentera Amerika Syarikat kelihatan membawa minyak dari Syria sebanyak dua kali dalam 24 jam.)


Terdapat sebuah kampung, penghuni di kampung ini ada kaya dan ada miskin. Namun ada pembuli di kampung ini yang selalu menyerbu masuk ke rumah penghuni miskin dan merompak harta mereka. Kampung itu ialah perkampungan global dan pembuli itu ialah Amerika Syarikat (AS).

Suatu hari pada pertengahan Ogos, di medan minyak provinsi Al Hasakah di timur laut Syria, tentera AS memandu berpuluh-puluh lori tangki yang membawa minyak dicuri, merentasi sempadan secara haram dan pulang ke pangkalan tentera di Iraq. Ini kali ke-6 tentera AS mencuri minyak pada bulan ini.

Pada masa sama, penduduk di Damsyik, ibu negara Syria beratur selama beberapa jam di bawah bahang matahari, malah 24 jam, untuk mendapat minyak dengan jualan terhad. Menurut statistik kerajaan Syria, lebih 80 peratus minyak keluaran negara itu dirompak oleh AS pada 2021. Harga minyak di Syria naik 127 peratus sejak 7 Ogos lalu akibat perompakan tentera AS.

Petroleum ialah industri tonggak utama bagi Syria pada masa dahulu. Namun setelah tercetusnya krisis di Syria pada 2011, sumber minyak di timur laut negara itu dikawal oleh pertubuhan ekstrem kemudian dikuasai oleh AS dan rakan sekutunya.

Bekas Presiden AS, Donald Trump mengatakan secara terbuka bahawa “kami tempatkan tentera hanyalah untuk minyak”. Naib Presiden sekarang, Kamala Harris pula mendakwa bahawa “rakyat AS berperang untuk minyak dari generasi ke generasi”.

Selain minyak, tentera AS juga merompak gandum, tonggak pertanian di Syria. Syria ialah negara pengeksport gandum pada masa dahulu. Jumlah pengeluaran gandum di negara itu mencatat kira-kira lima juta tan setahun dan jumlah eksport gandum mencatat dua juta tan setahun.

Namun sejak kehadiran haram tentera AS dan perompakan sumber secara ganas, lebih 90 peratus rakyat di negara itu kini hidup di bawah garis kemiskinan, dan lebih 10 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Menurut statistik Program Makanan Dunia (WFP), kira-kira 12.4 juta rakyat Syria kekurangan makanan pada masa ini.

Seorang penduduk di provinsi Al Hasakah mengecam bahawa AS mendakwa mahu memerangi keganasan, tetapi apa yang dilakukannya sebenarnya adalah keganasan. Mencuri minyak, merompak bahan makanan dan pelitup muka, menolak untuk memulangkan rizab emas negara lain yang disimpan olehnya… Selain tindakan merompak tersebut, AS juga merampas aset negara lain dengan alasan sekatan.

Pada 2019, AS membeku kesemua aset kerajaan Venezuela di negaranya. Setelah tercetus krisis Ukraine, AS membeku aset institusi kewangan besar milik negara Rusia di negaranya.

Yang turut menjadi mangsa pembulian AS ialah Afghanistan dan Iran.

Tindakan membuli itu mencerminkan hakikat budaya dan sejarah AS, iaitu merompak dan memperoleh keuntungan tanpa mengira cara dan pendekatan.

Pencurian dan perompakan tentera AS bukan sahaja memperlihat hegemoni AS, malah juga akan memburukkan kredibiliti negara itu. Tindakan membuli di perkampungan global itu pasti akan memudaratkan AS sendiri.