China Ketuai Penyusunan Piawaian Sistem Tenaga Baharu Antarabangsa

2022-08-21 12:59:14  cri
Share with:

Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) mencadangkan supaya China menerajui kerja menyusun sistem rangka piawaian antarabangsa yang pertama di dunia mengenai teknologi kunci dalam sistem tenaga baharu. Candangan itu dibuat semasa Persidangan Standardisasi Antarabangsa 2022 yang diadakan di Nanjing, China pada Sabtu.

IEC berharap tindakan ini dapat mempercepat pembinaan sistem tenaga baharu, dan menggalakkan transformasi tenaga karbon rendah.

Menurut IEC, kapasiti kemudahan dan penjanaan tenaga baharu di China masing-masing menduduki tempat teratas di dunia selama bertahun-tahun. Skop industri dan pasaran bagi kuasa angin, fotovoltaik dan bateri litium negara ini juga menduduki tempat pertama di dunia. Oleh itu, menurut IEC, penyusunan sistem rangka piawaian antarabangsa dan penyelidikan strategi piawaian sistem tenaga baharu antarabangsa yang diketuai oleh China dijangka akan memangkin transformasi tenaga di seluruh dunia.

Pada masa ini, IEC sedang mengkaji untuk menyenaraikan cadangan China ke dalam pelan strateginya, seperti kemuncak karbon, neutral karbon, transformasi tenaga, dan sistem kuasa sifar karbon,

Menurut rancangan, IEC akan menubuhkan satu atau dua jawatankuasa teknologi baharu dan memperkenalkan 10 hingga 20 piawaian antarabangsa dalam bidang tenaga rendah karbon, dalam lima tahun akan datang.