Inisiatif Tianjin Tumpukan Pendidikan Vokasional Pasca Wabak

2022-08-21 13:06:43  CRI
Share with:

Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknik Dunia diadakan di bandar Tianjin, China pada 19 hingga 20 Ogos.

Wakil dari 123 negara dan wilayah telah mengadakan perbincangan dan komunikasi tentang topik “Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknik Pasca Wabak: Perubahan Baharu, Kaedah Baharu dan Teknologi Baharu”, serta mengeluarkan Inisiatif Tianjin.

Dalam inisiatif itu ditegaskan, pendidikan vokasional harus sesuai dengan ciri-ciri pasca wabak dan inovasi digital, di samping bergabung dengan pendidikan sepanjang hayat, selaras dengan rantaian perindustrian, dan berintegrasi dengan pembangunan ekonomi dan sosial yang bermutu tinggi.