EMU untuk Laluan Jakarta-Bandung Dihantar ke Indonesia
2022-08-22 14:28:17 CRI
Satu set tren Unit Gandaan Elektrik (EMU) berkelajuan tinggi dan tren pemeriksaan komprehensif buatan China untuk kegunaan laluan Jakarta-Bandung dihantar dari pelabuhan Qingdao ke Indonesia pada Ahad.
Difahamkan, landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung yang sepanjang 142 kilometer merupakan projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
EMU berkenaan direka bentuk khusus untuk laluan Jakarta-Bandung, dengan kelajuan operasi maksimum 350 kilometer sejam.
Kumpulan pertama gerabak EMU dijadual tiba di pelabuhan Jakarta pada hujung bulan ini, kemudian dihantar ke Bandung melalui lebuh raya.