AS Hantar Lebih Banyak Minyak Dicuri ke Pangkalannya

2022-08-22 12:04:48  CRI
Share with:

Tentera Amerika Syarikat (AS) menghantar 137 lori tangki minyak dari Syria ke pangkalannya di Iraq pada Ahad, lapor agensi berita SANA.

Menurut SANA, penghantaran minyak itu digerakkan dari medan minyak di timur laut Syria dengan bantuan Pasukan Demokratik Syria (SDF) dipimpin puak Kurdish pada subuh Ahad.

Sejak 11 Ogos, AS menggerakkan hampir 600 lori tangki minyak untuk merampas bahan api dari Syria sebanyak tujuh kali.

Kerajaan Syria kerap kali mengkritik tindakan AS mencuri minyak sebagai perbuatan lanun yang sungguh mengejikan, menyebabkan kekurangan tenaga di Syria dan malapetaka kemanusiaan.