Filem “In Search of Lost Time” Dapat Sambutan Ramai

2022-08-22 17:41:42  CRI
Share with:


 Bersempena dengan berlansungnya Festival Filem Antarabangsa Beijing ke-12 baru-baru ini, filem yang bertajuk “In Search of Lost Time” mendapat sambutan ramai.

Filem itu diadaptasi daripada sejarah “tiga ribu anak yatim piatu ke Wilayah Mongolia Dalam China” yang berlaku pada 60 tahun yang lalu. Pada waktu itu, China mengalami bencana alam dan kekurangan makanan. Pada waktu  kritik    itu, pelbagai keluarga penggembala di Wilayah Mongolia Dalam mengangkat lebih tiga ribu anak yatim piatu dari bandar selatan atas seruan kerajaan. Mereka menjual harta benda,kuda dan sebagainya untuk membela “anak negara”, memaparkan semangat penggembala yang unggul serta perpaduan pelbagai etnik di China.