Kejohanan Catur Jemputan Antarabangsa China-ASEAN 2022 Berakhir

2022-08-22 14:29:40  CRI
Share with:

Kejohanan Catur Jemputan Antarabangsa China-ASEAN 2022 melabuhkan tirainya pada Ahad, menyaksikan Vietnam bergelar johan dalam kategori berpasukan lelaki.

China dan Malaysia masing-masing menjadi naib johan dan menduduki tempat ketiga.

Pertandingan secara maya itu disertai seramai 66 pemain catur dari China dan negara-negara ASEAN yang berentap untuk merebut gelaran juara kategori perseorangan lelaki dan wanita serta berpasukan lelaki.

Selepas pertandingan selama dua hari, China berjaya merangkul juara kategori perseorangan lelaki dan wanita.