Parti Hari Lahir untuk Sembilan Ekor Panda Gergasi

2022-08-22 15:05:11  CRI
Share with:



Parti hari lahir untuk sembilan ekor panda gergasi dari tiga keluarga diadakan di Pangkalan Shenshuping Wolong Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China, yang terletak di kawasan Aba provinsi Sichuan pada 19 Ogos lalu. Ruang parti dihiasi belon dan reben, dan suasana dipenuhi dengan kegembiraan. Pekerja dari pangkalan itu telah menyediakan kek aiskrim, buluh dan pelbagai jenis buah-buahan untuk sembila anak panda gergasi yang berusia setahun itu.