Tren, HSR Buatan China Bawa Limpahan Manfaat Sepanjang Laluan

2022-08-23 14:15:07  CRI
Share with:

Perkhidmatan tren kargo China-Eropah (Xi'an-Hamburg) berlepas dari bandar Xi'an pada Ahad, menyaksikan tren kargo ke-10,000 pada tahun ini, dan juga sepuluh hari lebih awal untuk mencecah bilangan berkenaan berbanding tahun lepas.

Pada hari sama, satu set tren Unit Berganda Elektrik (EMU) berkelajuan tinggi dan tren pemeriksaan komprehensif buatan China untuk kegunaan laluan Jakarta-Bandung dihantar dari pelabuhan Qingdao ke Indonesia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak projek kerjasama kereta api anjuran China telah menjadi "kunci emas" untuk memacu pertumbuhan sosioekonomi tempatan.

Pelabuhan Duisburg di wilayah Ruhr, pangkalan industri lama di Jerman, bersusah payah untuk menjalankan transformasi disebabkan kemerosotan industri arang batu. Ketibaan tren kargo China-Eropah telah menjadikannya berkembang pesat hingga menjadi pusat logistik di Eropah.

Menurut data statistik berkaitan, perkhidmatan tren kargo China-Eropah kini telah mewujudkan 82 laluan yang menyambung 200 bandar di 24 negara Eropah.

Jumlah operasi tren itu telah meningkat hampir 900 kali ganda berbanding ia dilancarkan pada 2011. Barang yang diangkut merangkumi lebih 50,000 jenis dalam 53 kategori, termasuk automobil, jentera dan peralatan serta produk elektronik, dengan nilai kumulatif hampir USD300 bilion (RM1.34 trilion).

Turut meraih faedah berkat perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) ialah penduduk di sekitar laluan HSR Jakarta-Bandung.

Selepas siapnya HSR yang menghubungkan ibu negara dengan bandar keempat terbesar di Indonesia, masa perjalanan antara kedua-dua bandar itu dipendekkan kepada 40 minit daripada lebih tiga jam sebelum ini.

Rakyat Indonesia beranggapan bahawa ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membawa ruang dan peluang pembangunan baharu serta mewujudkan cara hidup baharu kepada mereka.

Gabenor Jawa Barat Indonesia, Ridwan Kamil menyifatkan HSR Jakarta-Bandung sebagai kebanggaan rakyat Indonesia.

Selain ujian pandemik COVID-19, dunia kini juga berdepan pelbagai cabaran genting dan ketegangan geopolitik seperti konflik Rusia-Ukraine.

Pencapaian ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti HSR Jakarta-Bandung an tren kargo China-Eropah menyaksikan kesungguhan berterusan China untuk membantu dunia menyelesaikan "defisit pembangunan" dan menggalakkan pembangunan bersama.

Untuk rekod, lebih 140 negara telah memeterai dokumen BRI dengan China. Pada 2021, jumlah dagangan kargo antara China dan negara-negara terlibat BRI mencapai RMB11.6 trilion (RM7.59 trilion), dan pelaburan langsung terhadap negara-negara sepanjang BRI mencecah RMB138.45 bilion (RM90.68 bilion).

BRI, sebagai barang awam terbesar di dunia, telah memberikan limpahan manfaat yang dapat dilihat dan dirasai, serta memenangi hati rakyat pelbagai negara.