Rundingan Damai Pusingan Kedua Myanmar Bermula
2022-08-23 12:19:39 CRI
Perdana Menteri kerajaan sementara Myanmar, Min Aung Hlaing yang juga Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) mengadakan rundingan dengan delegasi kumpulan militan etnik minoriti negara itu pada Isnin.
Ia sekali gus memulakan rundingan damai pusingan kedua antara kedua-dua pihak.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu seperti pelaksanaan demokrasi berbilang parti, penyempurnaan sistem persekutuan serta jaminan untuk memastikan kemerdekaan dan pembangunan damai.