China Bersedia Mulakan Rundingan Substantif dengan DEPA

2022-08-23 13:33:11  CRI
Share with:

China telah berdialog secara mendalam pada peringkat kementerian dengan Chile, New Zealand dan Singapura berhubung pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA).

 

Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan pada Isnin memberitahu pihaknya turut menyertai persidangan wakil perunding kanan dengan negara anggota DEPA sebanyak dua kali.

 

Selain itu, persidangan serta beberapa perundingan peringkat teknikal, seminar perundangan dan peraturan digital turut disertai China bagi menjawab pertanyaan dikemukakan negara anggota DEPA mengenai pengurusan ekonomi digital China secara menyeluruh.

 

Usaha-usaha tersebut juga disambut baik dan dinilai tinggi oleh DEPA yang disifatkan sebagai memperlihatkan keikhkasan China untuk mendorong keterbukaan ekonomi digital serta kerjasama menang-menang.

 

Difahamkan, China akan membuat persiapan penuh dalam kerangka kerjasama, selain turut mengadakan rundingan secara substantif.

 

China juga bersedia membentuk persekitaran perkembangan ekonomi digital yang terbuka dan selamat bersama dengan pelbagai negara, berkongsi hasil dalam bidang berkenaan, dan memberikan sumbangan positif kepada perkembangan ekonomi digital global.

 

Terdahulu, Presiden China, Xi Jinping mengumumkan pada 30 Oktober 2021 bahawa China akan memeterai DEPA, dan ia disusuli dengan pengemukaan permohonan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan China, Wang Wentao kepada New Zealand pada 1 November 2021.