Perhimpunan Bantah Latihan Ketenteraan AS-Korea Selatan

2022-08-23 14:16:46  CRI
Share with:

Beberapa pertubuhan rakyat Korea Selatan berhimpun di Seoul untuk membantah latihan ketenteraan bersama "Eulji Freedom Shield" yang disertai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), pada Isnin.

Para pemprotes menyeru kedua-dua negara segera menghentikan latihan ketenteraan tersebut.

Pemprotes dalam perhimpunan tersebut mendakwa bahawa latihan bersama "Eulji Freedom Shield" yang menggunakan konsep "perang nasional menyeluruh" telah memulihkan latihan tindakan luar yang digantung sejak 2018. Ia mungkin akan meningkatkan ketegangan serantau, dan menjejaskan keamanan dan proses denuklearisasi di Semenanjung Korea.