China Bantah Keras Lawatan Gabenor AS ke Taiwan

2022-08-23 10:48:08  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan keras kepada pihak Amerika Syarikat (AS) atas lawatan mengejut Gabenor Indiana, Eric Holcomb ke Taiwan pada masa ini.

Mengulas lawatan Holcomb itu, jurucakap Kementerian Luar China menegaskan bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.

Beliau menyatakan, isu Taiwan ialah isu yang paling penting, sensitif dan teras dalam hubungan China-AS. China menentang keras AS menjalankan hubungan rasmi dengan Taiwan dalam apa jua bentuk.

AS digesa mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta menghentikan semua bentuk hubungan rasmi dengan Taiwan.