Hormati Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, ‘Prinsip Keemasan’ Hubungan Negara

2022-08-23 13:54:42  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bulan ini mengadakan mesyuarat terbuka bertemakan ‘tingkatkan kerjasama dialog, lindungi keselamatan bersama’ dengan dipengerusikan wakil tetap China di PBB, Zhang Jun.

 

Zhang dalam ucapannya berkata, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah merupakan “prinsip keemasan” dalam pertukaran antara negara.

 

Menurut beliau, prinsip yang ditetapkan dalam Piagam PBB tersebut merupakan batu asas undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa yang moden.

 

“China sentiasa menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain, mengekalkan keadilan antarabangsa, menyokong usaha dilakukan masyarakat antarabangsa demi keselamatan bersama,” ujar Zhang.

 

Beliau berkata, China juga pasti akan mengambil langkah untuk melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah sendiri.

 

Tegas Zhang, pembentukan konsep keselamatan yang selaras dengan keperluan arus zaman kini merupakan prasyarat keselamatan bersama.

 

“Pelbagai negara sepatutnya tidak boleh menjejaskan keselamatan negara lain demi keselamatan negara sendiri.

 

“Dengan erti kata lain, pagar pelindung tidak sepatutnya ditanam di depan pintu orang lain.

 

“Dalam konteks ini, masalah dan iktibar akibat penyebaran NATO ke Timur perlu dipandang serius,” jelas beliau.

 

Zhang berkata, sistem kawalan senjata antarabangsa yang diwakili ‘perjanjian kawalan senjata nuklear’ menghadapi cabaran terbesar pasca Perang Dingin.

 

Justeru katanya, negara yang memiliki jumlah senjata nuklear paling banyak di dunia seharusnya bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah senjata nuklear.

 

Zhang menekankan bahawa pelbagai negara perlu mengekalkan fahaman multiliteralisme sebenar, menyokong PBB dan Majlis Keselamatan PBB terus memainkan peranan yang berkesan, di samping terus bertindak selaras dengan keperluan arus zaman dan pelbagai pihak.

 

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Setiausaha Agung PBB António Guterres dan Pengerusi Sidang Perbahasan ke-10 Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear.