Gempa Bumi Landa Selatan Sumatera
2022-08-24 11:05:09 CRI
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda perairan selatan pulau Sumatera, Indonesia pada 10.31 malam Selasa.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China(CENC), gempa itu berlaku pada kedalaman 50 kilometer.
Namun, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BKMG) menyatakan bahawa tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gegaran berkenaan.