Jepun Digesa Henti Cetus Provokasi dalam Isu Taiwan

2022-08-24 12:38:03  CRI
Share with:

Jepun digesa berhenti melakukan cubaan provokasi dalam isu Taiwan, jangan berkomplot dengan pihak-pihak terbabit demi kepentingan sendiri serta semakin jauh menapak di jalan yang salah.

Gesaan ini diulangi jurucakap Kementerian Luar China ketika mengulas tentang lawatan mengejut ahli Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Keiji Furuya ke Taiwan dan menemui Tsai Ing-wen pada 22 hingga 24 Ogos. 

Jurucakap itu menekankan, Keiji Furuya berdegil melawat Taiwan tanpa mempedulikan bantahan keras pihak China. Tindakan tersebut mencampuri secara terang-terangan hal ehwal dalaman China, melanggar prinsip Satu China dan semangat empat dokumen politik China-Jepun.

"Perbuatan seumpama menghantar isyarat salah kepada kumpulan pemisah untuk 'kemerdekaan Taiwan'.

"China mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji Jepun dan akan mengambil langkah tegas bagi mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah,", katanya.

Jurucakap itu menambah, Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Isu Taiwan membabitkan asas politik hubungan dan kredibiliti antara kedua-dua negara. 

"Dari perspektif sejarah, penjajahan dan pemerintahan Jepun terhadap Taiwan selama setengah abad. Maka, negara itu menanggung kesalahan sejarah yang serius kepada rakyat China. 

"China menggesa Jepun merenung dan meneliti sejarah, sambil mengotakan prinsip empat dokumen politik China-Jepun dan komitmennya yang telah dibuat setakat ini," kata jurucakap itu.