AS Lancar Serangan Udara Menyasar Fasiliti Militan di Syria

2022-08-25 15:01:28  CRI
Share with:

Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat(USCENTCOM) pada Rabu mengesahkan, Presiden  Joe Biden mengarahkan serangan udara tepat terhadap militan yang didakwa Pentagon sebagai kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Syria pada Selasa waktu tempatan.   

Pada hari sama, jurucakap USCENTCOM, Kolonel Joe Buccino dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sasaran serangan udara kali ini adalah beberapa fasiliti yang dipercayai digunakan kumpulan bersenjata di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran di kota Deir Ezzor, timur Syria.