PBB Seru Semua Pihak Hormati Kedaulatan Syria

2022-08-25 15:07:31  CRI
Share with:

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric menyeru pihak-pihak terlibat dalam krisis Syria bersikap rasional dan kekal sabar untuk mengelakkan situasi negara itu daripada terus meruncing. 

Mengulas tentang serangan udara dilancarkan Amerika Syarikat terhadap sasaran fasiliti kumpulan militan di Syria mutakhir ini, Dujarric menekankan bahawa PBB sentiasa secara proaktif menggesa semua pihak untuk menghormati  kedaulatan dan kemerdekaan Syria.