Perkembangan Hubungan Bawa Manfaat kepada China-Korea Selatan: PM Li

2022-08-25 16:32:02  CRI
Share with:

Perkembangan hubungan China-Korea Selatan dan kerjasama ekonomi dan perdagangan membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam tempoh tiga dekad lalu, sekali gus membawa manfaat yang amat besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.

Demikian ujar Perdana Menteri China, Li Keqiang menerusi pautan video dalam Forum Kerjasama Perniagaan China-Korea Selatan sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Rabu.

“Kini situasi antarabangsa dan serantau menyaksikan perubahan yang rumit lagi impresif, sementara perkembangan ekonomi dunia menghadapi pelbagai unsur tidak menentu.

“Sehubungan dengan itu, kestabilan dan kemamuran merupakan aspirasi rakyat dan selaras dengan arus perkembangan semasa,” kata Li.

Beliau juga menzahirkan kesediaan China berusaha bersama dengan Korea Selatan untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama pada masa akan datang.

Beliau turut menegaskan komitmen China untuk mengekalkan keterbukaan pintu terhadap seluruh dunia. “China mengalu-alukan syarikat pelbagai negara termasuk Korea Selatan meningkatkan pelaburan di negara ini, berkongsi peluang daripada pembangunan China dan membuka lembaran baharu bagi kerjasama,” kata beliau.