Jawatan Perdana Menteri Thailand Digantung

2022-08-25 13:22:40  CRI
Share with:

Mahkamah Perlembagaan Thailand mengumumkan untuk menggantung jawatan Prayuth Chan-ocha sebagai Perdana Menteri Thailand pada Khamis, sehingga tribunal membuat keputusan pengadilan selanjutnya terhadap tempoh jawatannya.

Menurut Pejabat Perdana Menteri Thailand, Prayuth menghormati keputusan mahkamah tersebut dan telah menangguhkan semua tugas rasminya, tetapi beliau akan terus berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Thailand.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri Thailand untuk memastikan operasi kerajaan negara ini kekal lancar.