China, Korea Selatan Kukuhkan Hubungan: Xi

2022-08-25 12:04:53  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan Yoon Suk-yeol saling menyampaikan perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pada Rabu.

Xi menerusi perutusannya berkata, sejak tiga dekad lalu, hubungan antara China dengan Korea Selatan berkembang mengikut perubahan zaman dengan membabitkan segenap aspek, yang turut memberi limpahan manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau malah dunia.

Menurut Xi, tatkala situasi dunia tidak menentu dan pandemik COVID-19 masih belum reda, masyarakat antarabangsa termasuk China dan Korea Selatan perlu berganding bahu mengatasi krisis dan mengharungi ujian dan kesusahan.  

Beliau turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan komunikasi strategik dengan Presiden Yoon, di samping menjadikan sambutan ulang tahun ke-30 ini sebagai titik permulaan baharu untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan memantapkan kerjasama.