Syria Bantah Keras Tindakan Biadab AS

2022-08-26 18:19:50  CRI
Share with:

Tindakan seumpama penyamun yang dilakukan tentera Amerika Syarikat(AS) di Syria mengundang bantahan keras daripada masyarakat tempatan.

Mutakhir ini, tentera AS yang ditempatkan secara haram di Syria kerap kali mencuri sumber minyak, malah melancarkan serangan terhadap fasiliti yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran di wilayah Syria.

Di samping itu, AS dan puak pembangkang yang disokongnya telah menduduki medan minyak utama di provinsi Al-Hasakah dan Deir ez-Zor.

Pada bulan Ogos sahaja, tentera AS dilaporkan menggerakkan kira-kira 600 lori tangki minyak untuk merampas minyak dari Syria sekurang-kurangnya tujuh kali yang turut menyebabkan ekonomi negara ini terjejas teruk.

Gabenor provinsi Al-Hasakah, Louay Sayyouh dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China(CMG)  berkata, tindakan pencerobohan AS di Syria menggambarkan dasar hegemoninya.

Beliau mendakwa AS perlu bertanggungjawab atas situasi pergolakan di Syria.