RMB1.13 Trilion, Jumlah Import Eksport Guangdong-Negara RCEP

2022-08-26 12:52:51  CRI
Share with:

Jumlah import eksport antara provinsi Guangdong China dengan negara pemeterai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada setengah pertama 2022 mencatat RMB1.13 trilion (RM7,373 bilion).

 

Menurut Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Kastam China Cawangan Guangdong, Wen Zhencai pada Rabu, angka tersebut merupakan 28.8 peratus daripada jumlah seluruh perdagangan luar provinsi itu.

 

Beliau memaklumkan, jumlah eksport sahaja mencecah RMB530.13 bilion (RM345.91 bilion), meningkat 8.7 peratus, iaitu 1.4 peratus lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan eksport seluruh provinsi itu.

 

"Jumlah permohonan sijil tempat asal perusahaan eksport Guangdong dalam kerangka RCEP mencapai 31,900 naskhah, dengan nilainya melebihi RMB8.79 bilion (RM5.74 bilion)," ujar Wen.

 

Presiden Dewan China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) Cawangan Guangdong, Fang Lixu pula berkata, ASEAN tetap merupakan destinasi syarikat dari Guangdong untuk ke luar negara.

 

Dimaklumkan, sebanyak 88 projek baharu dilabur Guangdong ke ASEAN pada tahun lepas dengan nilainya mencatat USD500 juta (RM2.24 bilion), iaitu peningkatan lebih 10 peratus.

 

Pada masa depan, CCPIT Cawangan Guangdong akan terus mendorong pelaksanaan RCEP, membantu sektor korporat provinsi itu meningkatkan penyelarasan dalam penggunaan sumber dan memupuk dominasi berdasarkan dividen yang tercapai, bagi mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi serta bertaraf tinggi.