WHO: Sejuta Maut Akibat COVID-19 di Seluruh Dunia

2022-08-26 11:49:42  CRI
Share with:

Jumlah kematian akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia sepanjang tahun ini mencecah sejuta orang, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.

“WHO meminta semua negara untuk memperkasa usaha dalam memberi vaksin kepada semua pekerja kesihatan, warga emas dan orang lain yang berisiko tinggi, bagi mencapai 70 peratus perlindungan vaksin untuk seluruh penduduk,” kata beliau. 

Difahamkan, beberapa negara yang dulunya mempunyai liputan pemberian vaksin terendah, terutamanya negara Afrika, kini telah mencapai kemajuan dalam vaksinasi.

Namun terdapat satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19.