Iran Kecam Lagi Operasi Tentera AS di Syria

2022-08-27 17:02:07  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani pada Jumaat mengecam operasi ketenteraan haram Amerika Syarikat(AS) di Syria.

“AS menyebut serangannya yang bersifat mencerboh itu sebagai ‘tindakan balas terhadap serangan dan ancaman terhadap tentera AS’.

“Tetapi, hakikatnya ialah kehadiran tentera AS di Syria adalah haram, begitu juga dengan serangannya terhadap penjaga kedauatan dan keutuhan wilayah Syria,” kata Kanani dalam kenyataan menerusi media sosial.