Xi Balas Surat Keluarga Mangsa Terselamat Tragedi "Lisbon Maru"

2022-08-27 13:50:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada ahli keluarga mangsa yang terselamat dari tragedi “Lisbon Maru”, menggalakkan mereka terus berusaha memantapkan persahabatan China-Britain.

Xi turut menzahirkan harapan supaya lebih ramai sahabat British menyumbang kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara.

"Kisah menyentuh hati tentang kewiraan nelayan Zhoushan, provinsi Zhejiang yang berani menyelamatkan tawanan perang Britain dalam kapal "Lisbon Maru”pada 1942 adalah bukti penting China dan Britain berjuang seiringan sebagai rakan sekutu untuk bersama-sama melawan pencerobohan fasis dalam Perang Dunia II.

"Kisah itu turut memperlihatkan ikatan muhibah akrab di kalangan rakyat kedua-dua negara," kata Xi.

Xi menegaskan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik peringkat kedutaan besar China-Britain. Hubungan dua hala yang terus berkembang maju sepanjang setengah abad lalu berkat sumbangan ramai tokoh yang bersahabat kedua-dua negara.

Pada Oktober 1942, kapal penumpang dan kargo “Lisbon Maru” direkuisisi tentera Jepun untuk membawa lebih 1,800 tawanan perang British dari Hong Kong ke Jepun. 

Kapal itu tenggelam akibat dibedil tentera Amerika Syarikat di perairan berhampiran Zhoushan, dan turut mengakibatkan 843 tawanan perang maut, manakala 384 yang lain diselamatkan oleh nelayan China. 

Dengan ini, kerajaan dan pihak tentera Britian menyampaikan rasa terima kasih terhadap nelayan China yang gagah perkasa itu.