PBB Seru Tindakan Pelbagai Negara Atasi Perubahan Iklim

2022-08-27 15:12:20  CRI
Share with:

Pelbagai negara perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan impak  fenomena perubahan iklim. 

Demikian seruan jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Jumaat berhubung cuaca ekstrem kerap berlaku di serata dunia sejak kebelakangan ini. 

"Cuaca ekstrem teruk yang melanda seluruh dunia pada musim panas ini membuktikan betapa mendesaknya untuk menangani krisis iklim. 

"Kerajaan semua negara sepatutnya mengambil tindakan konkrit untuk mengatasi masalah berkenaan.

"Negara maju perlu menunaikan komitmen mereka yang memberikan bantuan kewangan kepada negara membangun untuk mengurangkan impak perubahan iklim,”ujar Dujarric.

 Beliau turut menegaskan, dasar perlu dilaksanakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.