Malaysia, Negara Kehormat CAEXPO Ke-19
Agensi-agensi kerajaan Malaysia bergiat aktif dalam membantu menyelaraskan persiapan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) buat tahun ini.
CAEXPO edisi ke-19 bakal diadakan di Nanning, wilayah Guangxi bermula 16 hingga 19 September, menyaksikan Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara kehormat.
Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Azlimi Zakaria menyatakan, lebih banyak produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi akan dipamerkan menerusi ekspo kali ini, sementara lebih banyak acara promosi juga akan dilancarkan secara dalam dan luar talian.
Difahamkan, pemimpin Malaysia akan dijemput untuk berucap pada majlis perasmian ekspo berkenaan.
Semasa berlangsungnya CAEXPO, negara kehormat itu akan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk pameran dan forum bermotifkan ‘Dua Negara, Dua Taman’, simposium berkaitan pembangunan sektor minyak sawit untuk memperkasa kerjasama Malaysia-China dalam bidang ekonomi dan perdagangan.