Kesalinghubungan Infrastruktur Pacu Kelancaran Perdagangan di Xinjiang

2022-08-28 12:59:20  CRI
Share with:

Wilayah Xinjiang China telah berjaya membuka 118 laluan pengangkutan antarabangsa dua hala sepanjang sedekad lalu. Angka itu menduduki satu pertiga daripada jumlah keseluruhan di negara ini. 

Demikian dimaklumkan oleh kerajaan wilayah Xinjiang dalam sidang media pada Sabtu.

Difahamkan, Xinjiang mempergiat usaha menaik taraf kesalinghubungan infrastruktur, dan kini telah menandatangani 21 perjanjian kerjasama dengan 25 negara dan pertubuhan antarabangsa berkat kesungguhan wilayah itu dalam memperkasakan pertukaran dan kolaborasi ekonomi dan perdagangan bersama negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Dalam pada itu, wilayah Xinjiang telah menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan 176 negara dan wilayah, sementara menjalin hubungan bandar kembar dengan 45 buah bandar asing.

Pada masa sama, pelaburan asing wilayah Xinjang meliputi lebih 60 negara dan wilayah, dan empat buah zon kerjasama ekonomi dan perdagangan luar negara siap dibina.

Untuk rekod, pada separuh pertama tahun ini, import dan eksport dagangan asing serta penggunaan sebenar modal asing di Xinjiang masing-masing menokok 39.1 peratus dan 291 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.