Kereta Api Kargo Xi'an-Hanoi China-Vietnam Beroperasi
Kereta api kargo China-Vietnam berlepas dari bandar Xi’an dan tiba di pintu keluar masuk Pingxiang, Guangxi pada Jumaat, sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Hanoi, Vietnam.
Sejumlah 41 gerabak bahan asbestos yang diimport dari Kazakhstan tiba di pelabuhan kereta api antarabangsa Xi’an pada 23 Ogos lalu, kini akan dihantar ke Vietnam melalui kereta api kargo Xi’an-Hanoi.
Ini juga penyambungan kali pertama antara perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah dengan perkhidmatan kereta api kargo China-Vietnam.
Menurut rekod, sebanyak 1,536 kereta api China-Vietnam yang dipantau oleh kastam Pingxiang pada tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 49.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Selain itu, pengoperasian kereta api kargo Xi’an-Hanoi telah menambah laluan baharu yang menghubungkan perdagangan Eurasia dan Asia Tenggara melalui pintu keluar masuk Pingxiang.