Media AS Cela Kerajaan Ulangi Kesilapan Lalu

2022-08-28 13:11:37  CRI
Share with:

Jumlah kumulatif kes jangkitan cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka 17,000, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu pada Jumaat.

Laporan The Hill berbunyi, sejak tercetusnya wabak berkenaan, kerajaan persekutuan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada reaksi terhadap COVID-19, dan tidak memperuntukkan dana yang mencukupi dalam mengendalikan respons wabak cacar monyet, menyebabkan penularannya bertambah teruk.

Menurut laporan tersebut, virus cacar monyet dapat dikesan dan dirawat menerusi pendekatan yang matang dan sudah mempunyai vaksin yang selamat.

Walaupun begitu, kerajaan AS kehilangan masa terbaik untuk mengawal dan mencegah penularan wabak tersebut, dengan tidak menggerakkan sumber yang diperlukan untuk menanganinya dengan segera.

Selain itu, kerajaan juga ketinggalan dan berada dalam keadaan kacau-bilau apabila mengumpul data kes jangkitan dan mengedarkan vaksin.