Masalah Ketinggalan Rundingan Nuklear Iran “Sensitif dan Penting”

2022-08-29 13:33:11  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Kanani semalam menyatakan kebanyakan masalah dalam rundingan pemulihan Perjanjian Komprehensif Nuklear Iran telah diselesaikan, dan hanya tinggal beberapa masalah yang “sensitif, penting dan bersifat menentu”.

Ketika diwawancara Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), Kanani menyatakan bahawa pakar Iran sedang mengadakan mesyuarat untuk membahaskan jawapan AS terhadap cadangan dikemukakan Iran untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Pihaknya akan memberi respons kepada AS sebaik sahaja mesyuarat tersebut berakhir.

“AS diharap mempertimbangkan keinginan pihak Iran yang wajar,” tambah Kanani.