Logo Ramsar COP14 Diumumkan

2022-08-29 14:27:30  CRI
Share with:

Logo persidangan ke-14 pihak-pihak pemeterai Konvensyen Ramsar (Ramsar COP14) telah diumumkan secara rasmi. Selain menonjolkan tema persidang iaitu “menghargai tanah lembap, simbiosis manusia dengan alam dalam hidup harmoni”, logo ini juga mengandungi konotasi yang memerlukan usaha sejagat untuk memelihara dan membangunkan tanah lembap bersama-sama.

Tahun ini ulang tahun ke-30 keanggotaan China dalam Konvensyen Ramsar. Persidangan Ramsar COP14 akan diadakan secara serentak di Wuhan, China dan ibu pejabat sekretariat Konvensyen Ramsar di Geneva, Switzerland secara hibrid pada 5 hingga 13 November nanti. Menurut maklumat berkenaan, perbincangan tentang arah strategi, pembahasan terhadap perjanjian yang terlaksana serta pengisahan tentang simbiosis manusia dengan alam semula jadi dalam hidup harmoni akan dijadikan agenda utama dalam persidangan tersebut.