IAEA Bentuk Pasukan Pakar Lawat Loji Nuklear Zaporizhzhya

2022-08-29 13:18:50  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Mariano Grossi menyatakan pada Ahad, beliau sedang berunding dengan pelbagai pihak untuk menghantar satu pasukan IAEA ke loji kuasa nuklear Zaporizhzhya di Ukraine bagi tujuan pemeriksaan.

Menurut laporan New York Times Amerika Syarikat, IAEA telah membentuk sebuah kumpulan pakar yang terdiri daripada 13 orang pakar dari negara-negara berkecuali.

Pada hari yang sama, jurucakap Kementerian luar Rusia, Maria Zakharova berkata, Rusia berharap agar rancangan lawatan wakil IAEA ke loji kuasa nuklear Zaporizhzhya direalisasikan.