Perhimpunan Orang Cina dan Perantau Cina di Washington, Tentang “Kemerdekaan Taiwan”

2022-08-29 13:16:34  CRI
Share with:

Lebih seratus wakil dari 18 buah persatuan orang Cina utama dan sejumlah orang Cina dan perantau Cina di Amerika Syarikat (AS) secara spontan berhimpun di depan bangunan "Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei ke AS" di Washington semalam, dan menyiarkan sepucuk surat terbuka untuk melantangkan suara bagi menentang "kemerdekaan Taiwan", melindungi kedamaian dua pantai Selat Taiwan, serta memelihara perkembangan sihat hubungan bilateral antara AS dengan China.

Jutaan orang Cina dan perantau Cina di AS serta kebanyakan negara dan rakyat di dunia menyokong tindakan adil China dalam membela kedaulatan negara, keutuhan wilayah serta kedamaian dan pembangunan kedua-dua pantai Selat Taiwan berasaskan "Persepakatan Tahun 1992" dan memperjuangkan penyatuan tanah air secara seluruh. Perjuangan yang selaras dengan arus zaman ini tidak boleh dihalangkan. Pihak berkuasa Taiwan dan "Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei ke AS" seharusnya menghentikan provokasi yang berbau "kemerdekaan Taiwan" dan hasutan menimbulkan pertentangan antara satu sama lain serta kegiatan menjejaskan hubungan China-AS. Bak kata pepatah, tepuk air di dalang, terpercik ke muka sendiri.