Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC Dicadang Diadakan pada 16 Oktober

2022-08-30 21:06:41  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan kerja persiapan bagi Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC dan Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC. Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC bakal diadakan di Beijing pada 9 Oktober. Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC akan mengemukakan cadangan kepada sidang itu tentang Kongres Kebangsaan ke-20 PKC diadakan di Beijing pada 16 Oktober.