Nushirwan: Mahasiswa Malaysia Selamat Kembali ke China
Seramai 150 mahasiswa dari Malaysia sudah selamat kembali ke China untuk menyambung pengajian masing-masing pada pertengahan Ogos.
Menurut Duta Besar Malaysia ke China, Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, majoriti mereka merupakan pelajar di universiti yang terletak di Shangshai serta bandar-bandar disekitarnya.
Beliau berkata, pihaknya gembira melihat situasi tersebut mencapai perkembangan yang amat positif, selain turut menyambut baik usaha Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur yang memulihkan proses pengesahan visa untuk para pelajar Malaysia.
Dato’ Nushirwan turut berharap bahawa dengan terdapatnya proses tersebut, lebih ramai mahasiswa dari Malaysia akan dapat kembali ke China.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG), di sini, baru-baru ini.
Untuk rekod, sebelum tercetunya wabak COVID-19, terdapat sekitar lapan ribu hingga sembilan ribu pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian peringkat tertigggi mereka di pelbagai unversiti di China.
Pada minggu lalu, Kedutaan Besar China di Singapura, Thailand, Myanmar dan beberapa negara lain juga turut memulihkan pengesahan visa untuk pelajar dari negara masing-masing ke China.