China Akan Teruskan Integrasi Pembangunan Sendiri dengan Dunia

2022-08-30 14:31:43  CRI
Share with:

Damas dari bandar Kamoni, Rwanda kelihatan sedang sibuk bekerja di bangsal cendawan.

Sejak tahun 2012, ahli sains dan teknologi pertanian China telah melatih lebih 5,000 bakat teknikal pertanian serta petani tempatan untuk menanam Juncao atau rumput cendawan dan Damas merupakan antara salah seorang daripada mereka.

"Selepas berniaga Juncao, saya dapat menjana pendapatan, membeli tanah, membina rumah baharu, dan anak saya dapat mengikuti pengajian di sekolah yang baik," ujar beliau.

Pada masa ini, Juncao digelar "rumput pembawa kebahagiaan" dalam usaha menghapuskan kemiskinan di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Daripada pembasmian kemiskinan melalui perindustrian kepada pembasmian kemiskinan melalui pelancongan, hinggalah pembasmian kemiskinan melalui ekologi, China berkongsi pengalamannya dengan negara asing hingga berjaya membawa hampir 100 juta orang keluar daripada kemelut kemiskinan di seluruh dunia.

Pada masa ini, sektor kesihatan, digital, inovasi, dan industri hijau telah menjadi titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Maputo, ibu kota Mozambique, merupakan salah satu pelabuhan terpenting di kawasan Afrika timur.

Sebuah jambatan yang merentasi Teluk Maputo mengurangkan masa sambungan antara kedua-dua kawasan daripada 2 jam kepada 10 minit dan jambatan gantung terbesar di Afrika itu adalah "Made in China".

Selain itu, sebanyak 1.2 juta panel fotovoltik (PV) disusun teratur di dataran tinggi Gauchari pada ketinggian 4,000 meter dari paras laut di kawasan utara Argentina.

Ia yang membekalkan tenaga elektrik kepada hampir 100,000 isi rumah setempat dengan kapasiti terbesar di Amerika Selatan itu adalah "Made in China".

Kereta Api China-Laos menghubungkan Vientiane, ibu kota Laos dengan Kunming, China, yang jaraknya lebih 1,000 kilometer. Di mata Bank Dunia, kereta api yang boleh meningkatkan jumlah pendapatan Laos sebanyak 21% ini juga "Made in China".

Menurut Bank Dunia, menjelang 2030, pembinaan bersama BRI akan membantu negara-negara terlibat meningkatkan perdagangan sebanyak 2.8% hingga 9.7%, sementara perdagangan global meningkat 1.7% hingga 6.2%.

Pada masa masa, populasi sebanyak 7.6 juta orang turut diunjurkan akan berjaya keluar daripada kemiskinan mutlak, manakala 32 juta orang lagi keluar daripada kemiskinan sederhana.

Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, China menjunjung konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan menjalankan pembinaan bersama BRI serta memberikan sumbangan sendiri kepada pembangunan global.

China akan terus mengintegrasikan pembangunannya ke dalam proses pembangunan dunia, dan berganding bahu dengan pelbagai negara demi mencipta masa depan umat manusia yang lebih baik.