AS Digesa Henti Bermain Maling Teriak Maling

2022-08-30 15:07:18  CRI
Share with:

Rakyat Xinjiang China hidup dalam masyarakat yang selamat dan stabil, menikmati pembangunan yang mantap dan kondusif, dan berpuas hati dengan kehidupan yang bahagia pada masa sekarang. Realiti ini boleh dijadikan bahan bukti yang terbaik dan paling menyakinkan untuk membalas dakwaan Amerika Syarikat (AS) yang menuding jari terhadap Xinjiang melalui penyebaran maklumat palsu.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada Isnin sebagai respons terhadap laporan institusi Jabatan Negara AS yang memfitnah China memanipulasi pendapat umum mengenai Xinjiang dengan maklumat palsu.

Zhao berkata, laporan AS itu sama seperti bermain gimik ‘maling teriak maling’. Tindakan AS untuk memfitnah Xinjiang dengan maklumat palsu sudah mengena bantahan banyak kali. 

 “Pertama, AS menggalakkan institut akademik, kumpulan pemikir dan pertubuhan NGO negaranya mencipta apa yang disebut "kertas penyelidikan" dengan tuduhan palsu untuk mencemarkan pelaksanaan dasar Xinjiang China. Mereka bahkan menyuapi saksi dan mengemukakan bukti palsu untuk membuktikan apa yang disebut "pencabulan hak asasi manusia" di Xinjiang.

“Kedua, AS mengarahkan agensi berita kendalian Badan untuk Media Global AS untuk menghasilkan laporan berita palsu dan "bahan propaganda" mengenai "genosid" dan "buruh paksa" di Xinjiang dalam puluhan jenis bahasa, selain menjalankan penyelarasan dengan badan media di negara-negara sekutunya untuk memetik "bahan propaganda" tersebut.

“Ketiga, AS memperuntukkan sejumlah besar dana dalam propaganda menerusi Internet untuk menyebarkan maklumat palsu berhubung Xinjiang sebagai alasan bagi kerajaan AS mengenakan sekatan dan memberi tekanan terhadap China,” memetik jurucakap itu.

Zhao menegaskan, tidak kira berapa banyak maklumat palsu tentang Xinjiang yang dihasilkan oleh AS, negara itu tetap mustahil berhasil dalam menipu rakyat di seluruh dunia, dan tetap mustahil berhasil dalam menjejaskan keharmonian dan kestabilan Xinjiang. Malah, apa yang dilakukan AS hanya akan menghancurkan kredibiliti negaranya sendiri dengan lebih cepat.