Jepun Bantu Afrika, Udang di Balik Batu?

2022-08-30 15:23:50  CRI
Share with:

Sidang Pembangunan Afrika ke-8 (TICAD) yang diterajui Jepun telah diadakan di Tunisia pada 27 dan 28 Ogos lalu.

Dalam sidang ini, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam ucapannya melalui pautan video mengumumkan bahawa Jepun akan melaburkan sebanyak USD30 bilion (RM13.4 bilion) kepada Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang di samping membantu memupuk 300,000 modal insan tempatan dalam pembangunan bersama dengan Afrika. Fumio Kishida khususnya menekankan bahawa langkah Jepun itu amat berbeza dengan yang dilaksanakan China. Akhbar Asahi Shimbun dalam laporannya pada 28 Ogos menyatakan bahawa Jepun meningkatkan hubungan dengan negara-negara Afrika adalah untuk melawan China.

Ini sememangnya bukan rahsia untuk suatu masa yang panjang. Sejak China mengeluarkan “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI) pada tahun 2013, politikus Jepun yang tersinggung tidak berpuas hati dengan pengaruh China yang semakin meluas. Mereka memutuskan mengambil langkah seperti meningkatkan pelaburan terhadap infrastruktur di Asia Tenggara dan Afrika. Ini tidak terlepas dari persaingan dengan China pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa yang mengehadkan pembangunan Afrika sekarang adalah skop pasarannya kurang besar, dan hasilan pertaniaan dan perlombongan perlu dipasarkan ke luar. Namun, menurut statistik Kementerian Luar Jepun, jumlah import eksport antara Jepun dengan Afrika kurang dari USD20 bilion (RM89.7 bilion). Jepun pernah berulang kali berjanji akan menambah pelaburan terhadap Afrika, tetapi angka sebenarnya terus menurun sehingga mencatat kira-kira USD5 bilion (RM22.4 bilion) pada dua tahun yang lalu. Sejauh mana janji Jepun tentang pemberian bantuan terhadap Afrika dapat ditunaikan?   

Selain itu, seperti yang dinyatakan ramai penganalisis bahawa ada satu lagi tujuan sebenar di sebalik langkah Jepun tersebut iaitu memperjuangkan matlamat menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam sidang TICAD ini, sekali lagi terdedah niat Jepun mahu menjadikan Afrika sebagai ‘gudang undi’, dan bantuannya jelaslah bersyarat tambahan.

Afrika adalah pasaran kerjasama antarabangsa, bukannya gelanggang bagi mainan campur tolak. Benua itu tidak memerlukan bantuan yang pemberinya sebenarnya berniat melawan dan bersaing, bagaikan udang di balik batu.