China: Tragedi di Afghanistan Tidak Boleh Diulangi

2022-08-30 13:37:50  CRI
Share with:

Kegagalan pasukan tentera asing di Afghanistan sekai lagi membuktikan bahawa campur tangan ketenteraan dan politik kuasa bukanlah pendekatan yang tepat, sedangkan model pengaruh luaran dan pengubahsuaian demokratik tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat tempatan. Tragedi yang berlaku di Afghanistan tidak boleh diulangi lagi.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam Sidang Terbuka Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Isu Afghanistan pada Isnin lalu.

Menurut beliau, Afghanistan berdepan dengan beberapa banyak cabaran ketika mengadakan pembangunan semula secara damai. Kerajaan sementara negara itu diharap melaksanakan dasar dalam dan luar yang mantap dan inklusif, menjamin dan menambah baik hidup rakyat, membanteras keganasan dalam sebarang bentuk, di samping bergaulan dengan negara lain termasuk negara jiran dalam suasana harmoni. Masyarakat antarabangsa diharap menyokong Afghanistan mendorong pembangunan semula secara damai, pemulihan perkhidmatan awam dan pengedaran pasaran, serta pertembungan dalam kerjasama serantau dan antarabangsa, dan juga diharap mengambil sikap rasional mengadakan kontak yang substantif dengan kerajaan sementara negara itu.

"Afghanistan menghadapi kesukaran pada aspek kemanusiaan dan ekonomi yang operasinya kurang lancar ekoran sekatan negara asing. AS sekali lagi didesak mengembalikan kesemua aset milik Afghanistan tanpa tertangguh dan bersyarat", katanya.

Sebagai negara jiran terbesar, China tidak berganjak daripada usaha menyokong kedamaian dan kestabilan Afghanistan yang memerlukan bantuan masyarakat antarabangsa. Afghanistan yang damai dan stabil juga selaras dengan kepentingan masyarakat antarabangsa.