Kawat Tahniah PM China atas Hari Kebangsaan Malaysia

2022-08-31 13:59:59  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya daripada Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sempena ulang tahun ke-65 kemerdekaan Malaysia.

Li menyatakan bahawa dalam tempoh 65 tahun lalu, Malaysia berkembang pesat dan mencapai kejayaan yang sangat teruja. China dan Malaysia adalah negara jiran yang terikat dalam persahahatan tradisional. Kedua-dua negara ini juga adalah negara membangun yang penting dan entiti ekonomi baharu di rantau ini, dan mempunyai kepentingan bersama yang luas.

Li bersedia bersama-dama dengan Perdana Menteri Ismail memperkasakan kerjasama substantif dalam pelbagai bidang, mempertingkat penyelarasan dan kerjasama kedua-dua pihak dalam urusan antarabangsa dan serantau, dan mendorong perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara mencapai kemajuan baharu dan menuju ke arah pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib sesama China-Malaysia.