China Kongsi Hasil Penerokaannya terhadap Matahari dengan Seluruh Dunia

2022-08-31 13:34:36  CRI
Share with:


China mengumumkan hasil yang tercapainya melalui operasi “Xihe”, satelit ujian penerokaan solar (CHASE) yang pertamanya semalam.

 

Satelit “Xihe” yang dikenali sebagai satelit Hαsolar dan ujian teknologi sains dengan ketepatan dan kestabilan tinggi  dilancarkan pada 14 Oktober 2021.

Sebagai “jurugambar” khas untuk matahari yang pertama di China, “Xihe” telah berjaya mengambil imej skan sinar Hα terhadap matahari di angkasa lepas melalui ujian di orbit berkenaan, dan buat kali pertama berjaya memperoleh struktur tepat tentang garis spektrum Hα, SiⅠdan FeⅠmatahari dalam senario global.


Kini satelit “Xihe” menjalankan peninjauan saintifik setiap hari mengikut jadual ditetapkan. Hampir seratus kali letupan matahari telah dikesan olehnya setakat ini. Pada waktu yang sama, semua data sains yang terkumpul dalam operasi “Xihe” pula dilaporkan tersedia untuk berkongsi dengan seluruh dunia, dan sebahagian besarnya sudah diterima pakai oleh sarjana pengajian fizik matahari di AS, Perancis dan Jerman.