AS Didesak Beri Penjelasan tentang Isu Afghanistan

2022-08-31 13:45:48  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) dikehendaki bertindak mengubati trauma rakyat Afghanistan dengan mengambil langkah yang substantif, dan memberikan penjelasan yang bertanggunggjawab kepada masyarakat antarabangsa.

Demikian ditekankan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Selasa ketika menjawab pertanyaan tentang sebuah tinjauan pendapat umum yang dilancarkan kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) melibatkan responden dari 24 buah negara. Keputusan yang terkandung dalam tinjauan tersebut menunjukkan bahawa terdapat hampir 80 peratus responden berpendapat Peperangan Afghanistan adalah 'kegagalan belaka' bagi AS.

Sempena ulang tahun pertama pengunduran tentera AS dari Afghanistan, Zhao berkata, AS bukan sahaja tidak pernah mempertimbangkan tanggungjawab sendiri, malah terus melontarkan rintangan dan halangan kepada Afghanistan yang sedang bergelut dalam pembangunan semula.

"Menurut data statistik Jabatan Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seramai 25 juta rakyat Afghanistan terperangkap dalam kemiskinan, sedangkan 3 juta kanak-kanak terpaksa berhenti mengikuti persekolahan. Dimaklumkan lagi, setakat 15 Jun 2022, sekurang-kurangnya 59 peratus populasi di negara terbabit memerlukan bantuan kemanusiaan, iaitu menambah 6 juta orang berbanding dengan tahun 2021. AS tidak boleh berlari dari memikul tanggungjawab ini", katanya.

Zhao menegaskan, AS digesa membalas seruan lantang rakyat Afghanistan dan masyarakat antarabangsa, dan mengembalikan aset bank pusat negara tersebut.