CIFTIS 2022 Fokuskan Kerjasama Perdangan Perkhidmatan Global

2022-08-31 14:38:23  cri
Share with:

 

BEIJING, 31 Ogos -- Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Nasional dan Taman Shougang di sini mulai hari ini hingga 5 September.

Lebih 1,400 syarikat dari dalam dan luar China menyertai pamaran tahun ini.

Produk-produk yang akan dipamerkan meliputi pelbagai bidang termasuk pengangkutan pintar, teleperubatan, kereta tenaga baharu, robot kecerdasan buatan (AI) dan logistik pintar.

Difahamkan, CIFTIS 2022 akan memberi tumpuan kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang perkhidmatan, selain menyumbang kebijaksanaan kepada pembangunan perdagangan perkhidmatan global.