Kawat Tahniah Menteri Luar China atas Hari Kebangsaan Malaysia
Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Saifuddin Abdullah sempena ulang tahun ke-65 kemerdekaan Malaysia hari ini.
Wang menyatakan bahawa kejiranan yang baik antara China dan Malaysia bersejarah seribu tahun. Kedua-dua negara ini adalah rakan kerjasama yang baik dan sama menang berkat persamaan yang banyak dalam visi dan misi, dalam bidang kepentingan bersama yang luas dan dalam bidang sosiobudaya.
Wang bersedia bersama-sama dengan Menteri Luar Saifuddin terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan koordinasi strategik, memicu pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menuju ke arah berkualiti tinggi, dan mendorong usaha kedua-dua pihak untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama China-Malaysia supaya dapat menambah konotasi kepada Perkongsian Strategi Komprehensif pada zaman baharu serta meneroka masa depan yang lebih cerah untuk kerjasama kedua-dua negara.