PMI Perkilangan China 49.4% pada Ogos
2022-08-31 13:46:40 CRI
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor perkilangan China mencatat 49.4% pada Ogos, naik 0.4% berbanding bulan sebelumnya.
Demikian diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) dan Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Kebangsaan pada Rabu.
Dimaklumkan bahawa pengeluaran sektor korporat beroperasi dengan stabil, harga bahan mentah dan produk siap terus menurun, dan sektor perkilangan barang penggunaan menunjukkan pertumbuhan pesat. Menurut tinjauan terbabit, terdapat 12 dari 21 sektor menunjukkan PMI yang meningkat berbanding bulan sebelumnya, manakala kebanyakan sektor berada dalam keadaan yang kondusif.