Musim Petik Buah Markisah di Wuping

2022-09-01 11:18:22  CRI
Share with:

Tibanya masa untuk memetik buah markisah di kaunti Wuping, provinsi Fujian pada awal musim gugur ketika ini. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penanaman buah markisah telah menjadi industri istimewa tempatan, yang turut memberi pendapatan lumayan kepada kaum tani. 

Menurut data rasmi, jumlah penghasilan buah markisah di Wuping mencapai 35,000 tan dengan nilai outputnya sebanyak 380 juta yuan (RM246.24 juta) pada 2021. 

Buat tahun ini, keluasan penanaman buah itu menokok 15.2 peratus berbanding tahun lepas.