China akan Terus Sumbang kepada Pemulihan Ekonomi Dunia

2022-09-01 13:06:53  cri
Share with:

BEIJING, 1 Sept – China akan terus mendorong pembangunan berkualiti tinggi melalui keterbukaan bertahap tinggi, di samping meningkatkan akses pasaran dalam sektor perkhidmatan kepada negara luar.

Demikian ujar Presiden, Xi Jinping dalam surat tahniahnya kepada Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang dilancarkan pada Rabu.

Tambah beliau, China akan meningkatkan tahap keterbukaan perdagangan perkhidmatan rentas sempadan, dan meneroka fungsi platform keterbukaan, dan membentuk sistem keterbukaan industri perkhidmatan berstandard tinggi.

Xi menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara lain untuk mempertahankan multilateralisme, menggalakkan ekonomi perkhidmatan yang terbuka dan berkongsi demi menyuntik momentum kepada pemulihan serta pembangunan ekonomi dunia.

Beliau berkata China akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka, melonggarkan akses pasaran untuk industri perkhidmatan, secara aktif mengembangkan import perkhidmatan berkualiti tinggi, mengembangkan pangkalan eksport perkhidmatan unik, dan membangunkan konsep perniagaan baharu dan model baharu perdagangan perkhidmatan. 

"China akan meningkatkan tahap keterbukaan, menggalakkan pelaksanaan senarai negatif perdagangan perkhidmatan, dan meneroka pembinaan zon demonstrasi inovasi perdagangan perkhidmatan negara.

"Di samping itu, China akan meluaskan ruang kerjasama, meningkatkan sokongan untuk pembangunan industri perkhidmatan di negara-negara terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan berkongsi hasil pembangunan teknologi China dengan dunia," jelas Xi.

Untuk rekod, kadar pengantarabangsaan CIFTIS akan mencapai 20.8%, iaitu peningkatan hampir 3% berbanding pameran tahun lalu.

Dengan penganjuran CIFTIS 2022, ia secara tidak langsung mempamerkan keyakinan dan keazaman China untuk menggalakkan keterbukaan yang bertahap lebih tinggi.

Isyarat tersebut juga akan memberikan makna penting tatkala dunia sedang mengalami kesan negatif Covid-19, ketidaktentuan situasi antarabangsan dan kesukaran ekonomi.