China Mahu Perkasa Kerjasama dengan Samoa

2022-09-01 15:42:01  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada hari Selasa mengutus satu mesej tahniah kepada Tuimalealiifano Vaaletoa Sualauvi II atas terpilihnya sebagai Ketua Negara Samoa.

Dalam mesej tahniah tersebut, Xi menyifatkan China dan Samoa sebagai rakan strategik komprehensif yang memaparkan sikap saling menghormati dan pembangunan bersama.

"Sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua negara mencapai kemajuan yang besar dalam pergaulan bilateral, di samping mempromosikan kepentingan bersama.

"Saya menumpu kepada  perkembangan hubungan China-Samoa, selain komited bekerjasama dengan anda untuk membantu kedua-dua negara meningkatkan rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa pertukaran dan kerjasama persahabatan dalam pelbagai bidang, dan menyumbang kepada penambahan konotasi kepada hubungan bilateral bagi membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Xi.